Monday 23 December 2013

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah



(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4


[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
 
 
 
Kepada sesiapa yang ingin menderma kepada pihak Masjid Haji Saad bagi tujuan kebajikan bolehlah berhubung dengan Bendahari Masjid Hj Saad  Tn Hj Ramli bin Hj Ahmad (013-4466564)
 
 

Wednesday 17 July 2013

Ahli Jawatankuasa Baru Masjid Hj Saad


Pengerusi:
Tn Hj Azhar Amanullah bin Hj Ariffin (019-4426206)

Timbalan Pengerusi:
Hj Abd Rashid bin Osman
(013-4385776)

Setiausaha:
En Ahmad Sarpawi bin Othman (012-4521488/017-4675753)

Bendahari:
Tn Hj Ramli bin Hj Ahmad
(013-4466564)

Ahli Jawatankuasa:

Biro Kebajikan,Sosial & Kemasyarakatan :
Tn Hj Nordin Bin Che Lah
(013-4466564)

Biro Pembangunan & Ekonomi :
Hj. Elias bin Embee (019-4747970)

Biro Pendidikan, Dakwah & Pengimarahan Masjid:
Hj Abdul Wasi bin Masud Ahmad (013-4365786)

Biro Penerbitan & Teknologi Maklumat:
En Marzuki bin Elias (019-4790117)

Biro Rakan Muda:
En Mohd Zaini bin Mohd Kassim (019-4008603)

Biro Kebersihan & Keceriaan :
En Mohd Zaki bin Sahak
(014-2578773)

Biro Pengurusan Aset & Prasarana Masjid :
Hj Abd Malek bin Abd Rahman
( 019-3472284)

Biro Hal Ehwal Wanita :
Hjh Norma bt Ramlee
(019-4415400)
Hjh Fauziah bt Othman
(013-4533970)

Pemeriksa Kira-kira:

i. Hj Abd Halim bin Othman
(013-4289900)
ii. En Roslan bin Arshad
(016-4871018)

Pegawai/ Kakitangan:(2012-2014)
Imam 1- Tn Hj Mohamad Romli Bin Ahmad (013-5812609)
Imam 2-Ust Husain Madni bin Abdul Wasi(019-4497769)
Bilal 1 - Hj Abdun Bin Wan Cik
(013-4436274)
Bilal 2 -En Abd Razak Bin Ahmad (017-4391422)
Siak 1 - En Mohd Radzi Bin Mat Isa (017-4391422)
Siak 2 -En Mohd Zahari Bin Saad (012-4512092)

Tuesday 11 December 2012

SUMBANGAN/DERMA KEWANGAN ANAK QARYAH 1434H










 MAKLUMAN UNTUK ANAK-ANAK QARYAH


TUAN/PUAN:                                                                                                                26 MUHARAM 1434H
                                                                                                                                                 10 DISEMBER 2012
PERKARA: SUMBANGAN/DERMA  KEWANGAN ANAK QARYAH 1434H

1. SUMBANGAN BAYARAN TAHUNAN QARYAH MASJID:
1.1 Kutipan RM12.00 hanya bagi satu keluarga (sekali setahun)
1.2 Kutipan bertujuan untuk Yuran/Pengurusan Tanah Perkuburan Masjid Tengah dan Lebai Deraman. Di samping berperanan sebagai Tabung Kecemasan Qaryah.
1.3 Kutipan akan dijalankan oleh *wakil-wakil yang dilantik oleh JK Qmas.
1.4 Setiap bayaran akan diberikan Resit Rasmi Qmas.

2. SUMBANGAN KENDHURI MAULUD RASUL (28 Januari 2013):
2.1 Sumbangan berbentuK Derma  Ikhlas.
2.2 Jumlah sumbangan tidak ditetapkan.
2.3 Kutipan akan dijalankan oleh *wakil-wakil yang dilantik oleh JK Qmas.
2.4 Setiap bayaran akan diberikan Resit Rasmi QMas

3. SUMBANGAN BULAN RAMADHAN:
3.1 Kutipan RM30.00 (Duit Elektrik/Air)  hanya bagi satu keluarga.
3.2 Sumbangan ini dikecualikan bagi Anak Qaryah/Keluarga yang mengadakan Kendhuri/More Selepas Solat Tarawih.
3.3 Kutipan akan dijalankan oleh *wakil-wakil yang dilantik oleh JK Qmas.
3.4 Setiap bayaran akan diberikan Resit Rasmi QMas.
*WAKIL-WAKIL YANG DILANTIK:
TN. HJ. ABDUL RASHID BIN OSMAN: 013-4585776 (Qaryah Mukim 8)
                TN. HJ. ZAILAN BIN  MD.REJAB: 013-4436274 (Qaryah Mukim 8)
                TN. HJ. ABDUN BIN WAN CHIK : 013-4436274 (Qaryah Mukim 9)
                EN. ZAHARI BIN SAAD: 012-4512092  (Qaryah Mukim 9)

4.SUMBANGAN-SUMBANGAN LAIN:
4.1 Sumbangan-sumbangan lain yang tidak dinyatakan (Wakaf/Sumbangan Pribadi dll.)
Sila Berhubung terus dengan Bendahari QMas (TN. HJ. RAMLI BIN AHMAD:013-4541070)

InsyaAllah, Sumbangan Tuan/Puan, akan Menyemarakkan Ukhwah Islamiyah Qaryah ini.
Sekian, untuk makluman dan tindakan Anak Qaryah Qmas.TERIMA KASIH
Rounded Rectangle:       HUNTING LINE:      TN. HJ.ABD,HALIM (013-4289900) TN.HJ.AZHAR AMANULLAH(019-4426206) EN. ROSLAN (016-4871018) 








Friday 30 December 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA QARYAH MASJID HJ SAAD

Tarikh    : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa     :  Selepas solat Isyak
Tempat  : Masjid Hj Saad

Agenda mesyuarat:
  1. Ucapan aluan Pengerusi Qaryah
  2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
  3. Program 2012
  4. Laporan kewangan
  5. Perkara berbangkit
  6. Hal-hal lain
  7. Mesyuarat ditangguh
Kehadiran semua ahli jawatankuasa Qaryah Masjid Hj Saad sangat diharapkan untuk menjayakan mesyuarat ini demi kepentingan seluruh Qaryah. Sekian harap maklum.

Friday 23 December 2011

KELEBIHAN & KEBERKATAN HARI JUMAAT

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.