Alhamdulilah, setelah sekian lama berusaha, akhirnya Masjid Hj Saad , Tanah Liat kini telah mempunyai laman blognya sendiri. Mungkin ada banyak kekurangan untuk blog yang pertama kali diusahakan ini. Tapi InsyaAllah, hari demi hari dengan tunjuk ajar dari para ilmuwan dunia blogging dan dengan kesempatan masa yang diberikan oleh Allah s.w.t, blog ini akan diperkemaskan mutu persembahannya sesuai dengan keperluan dunia teknologi maklumat yang berkembang setiap hari dengan begitu pantas sekali.
Kepada semua para ilmuwan dunia blog, rajin-rajinlah memberi tunjuk ajar kepada pihak kami. InsyaAllah dengan tunjuk ajar kalian, blog ini mampu menjadi pemangkin kepada seluruh masjid di Pulau Pinang khasnya untuk mewujudkan unit teknologi maklumat di setiap masjid masing-masing. Sesungguhnya apa yang kita lakukan ini demi manfaat bersama.
Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Tidak ada kebijaksanaan yang lebih bernilai daripada tindakan yang sewajarnya.
Sekian.
Salam...
ReplyDelete1. Terima Kasih dan syabas sdr. Helmi krn. berusha menzahirkan blog qmas.
2. Qmas memerlukan tenagamuda utk mengerakkan alat multimedia yg sdg dimajukan di qmas, diharap anak qariah tampil membantu..
3.InsyaAllah kemudahan jalurlebar dpt menyatukan dan memajukan ummah...
4. Usaha anda kami kagumi... teruskan!
from: azharamanullah
saya sedang mengkaji dan menulis sejarah MHS. Minta sesiapa yang tahu maklumkan maklumat arwah Hj.saad Lebai Awang atau pengasas masjid ini kerana dicatat diwall qMHS ditubuhkan pd th 1800. Mana sumber? mengikut org sumber yg berusia 80th MHS dan bangunan,batu nisan serta sumber lain ia ditubuhkan zaman jepun 1940-an.walahualam,molek kalau ada sumber.keduanya cadangan diadakan visi dan misi masjid. sediakan papan kenyataan yg ada maklumat sejarah masjid utk tatapan qraiah.
ReplyDeletesaudara salleh yaacob. Segala info atau sumber berkaitan boleh rujuk kepada Tn Hj Azhar(Tim. Pengerusi Masjid Qmas) kerana beliau merupakan ada salasilah keluarga dengan keturunan Hj Saad. Ataupun boleh rujuk daripada Pak Cik Harun(Abg Bendahari Masjid) yang kini tinggal di Mk 9 Tanah Liat dan merupakan seorang OKU. Harap membantu..tq.
ReplyDelete